Wednesday, 25 November 2009
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary II
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan Melayu paling kaya, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersih asetnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion. (FORBES) - tak sure 7 ke 8
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
Saya suka part last tuh. Maknanya first gaji dia tak dapat pape pon. Kalo kena kat kita mengamuk sakan dah rasanya.. Bolehkah saye menuruti jejak langkah ini? Ataukah gaji yang kecil itu hanya untuk disimpan?
-Renung-renungkan dan selamat beramal-
....I Follow....
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary I
Skang ni macam2 aku rasa. Tak cukup rehat, kena buli, penat, pendek kate sume2 yang negatif tu sume aku rasa skang nih. Tapi panjang kate biasalah tu,dalam hidup ni mesti laa ada time kita kat atas n ada time kita kat bawah kan.
One day,I came across satu artikel tentang one of my all time idol. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Aku respek tabik spring aa kat dia nih.. Dia punya kredibiliti, personaliti, kemurahan hati, dan banyak lagi lah ti ti yang lain.. Aku suka ayat dia, "kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh,tapi kena cepat2 bangun balik". Baikkkkkk
This is "50 things you should know about Tan Sri". Renung-renungkan dan selamat beramal..
....I Follow.....
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.
Friday, 20 November 2009
coobaaaannn
sampai rumah dari ofis pukul 11 malam
sunyi.. sepi.. gelap.. kosong..
tiada kelibat sesiapa pun dirumah
perut berkeroncong..
lapar.. dahaga.. penat..
semua bercampur baur
terasa diri ini kosong
tiada siapa disisi
tiada siapa peduli
hidup mati aku sendiri
oh tidaakkkkk..!!!
masih tidak berjaya untuk melenakan diri
walau esok tugas berat menanti
si dia bermain di fikiran ini
aku merinduinya
tapi apakan daya
inilah dinamakan cobaan
jadi untuk mengubat kerinduan ini
ku imbau kembali kenangan bersamanya..
Thursday, 19 November 2009
mode: period
maunye tak,hari2 balik kul 9 paling awal
keje ngan orang bisnes nih macamni laa
kehulu kehilir kena ikut bos
konon kena jadi orang kanan bos
belajar sume benda A sampai Z
katanya nanti senang nak deal dgn clients
tapi skang ni dah multi task jadinya
sampai kekadang kena jadi driver dia
aiii ni dah lebeh nih!!
takpelaa, kete bos masuk workshop
nak buat macamana kan
at least dia isi gak minyak kete aku
tapi gaji?? HAMPEH!!
tapi takpe, aku redha
dengan niat nak belajar
bak kata orang tua-tua
bersusah-susah dahulu
bersenang-senang kemudian
kepadaMu ya Allah
aku berdoa dan memohon
moga jalan yang kupilih ini benar
menjanjikan sesuatu dikemudian hari
untuk anak, isteri dan keluarga tercinta
moga engkau melimpahi rahmatmu
buat kami semua
::I MISS MY WIFE::
Thursday, 12 November 2009
Post Mortem Piala Malaysia

Demam piala Malaysia dah sembuh dah.. Tahniah Negeri Sembilan, takziah Kelate *sigh*
Seperti yang telah kita baca+tonton di media tempatan dan luar negara, telah berlakunya keganasan atau hooliganism di Stadium Bukit Jalil tempoh hari. Dan sudah pasti ianya melibatkan penyokong The Red Warriors yang dikatakan tidak bertamadun itu. Suka saya tegaskan disini tuan puan sekalian ya, hanya segelintir sahaja yang tidak bertamadun itu,bukan nya semua. dan suka saya gelarkan mereka ini monyet.. hehehe
Oklah,takyah cakap banyak. saye just nak publish artikel ni je sbnrnya. untuk renungan kita bersama. KAFA dah officially kena denda RM50K pon.. enjooooyyyyyyyyyy....
Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Kejadian Keganasan Penonton Di Stadium Bukit Jalil
AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.
Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.
Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.
Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.
Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.
Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.
Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.
Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.
Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.
Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.
Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.
Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.
Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.
Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.
Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?
Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.
Sekian, terima kasih.
Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,
Hp : 012-2050538
rujukan: www.kelate.net
Wednesday, 11 November 2009
-A New Chapter of Life-
Tiada apa yang lebih baik melainkan menadah tangan mengucap syukur kepadaNya. After 3 months menggoyangkan kaki,akhirnya tibalah masanya untuk belajar bangun pagi,menyiapkan diri untuk mencari rezeki yang halal.
Tanggal 3 November 2009, a day before my beloved dad celebrating his 62nd birthday (HAPPY BIRTHDAY ABAH!!), saya melaporkan diri sebagai seorang budak mentah di ofis. Terima kasih kepada bos saya kerana memberikan saya peluang untuk membuktikan keupayaan diri sendiri, chewah!!
3 days before that, I went back to Kota Bharu. "Pinjam" kete abah buat sementara since kalo duk kat umah pon takde sape pakai. At first ingatkan boleh terus shoot balik KL, prepare ape yg patot before start keje, tgk2 banyak pulak nak kena repair. hambik ko!! nasib baik abah kesayangan saya bermurah hati membayar kesemua kos-kos pembaikian :p
dah nama pon kereta yang dah tak berapa baru kan.. biasa aa tuh.. maintanance.. hahaha.. ok ok.. antara yg kena repair:
- bracket cermin tingkap belakang = RM200++
- wiper = RM25
- air-cond bocor (something's broken inside) = RM250++
- tinted (saje mengada) = RM280 (guaranteed 2 years, kalo kena saman pon dia bayar,hehe


tadaaaaaaaaa.... sungguh bergaya sekali!! (alhamdulillahhh) :D
p/s: mungkin selepas ini saya akan meneruskan aktiviti membuang masa di belog saya ini.. sape2 yang terbaca diharap jangan banyak bersabar..


